Wednesday 16 September 2009

LATAR BELAKANG RINGKAS

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1973 yang dikenali sebagai Lembaga Kraftangan Malaysia. Memulakan operasi di sebuah bengkel kraf di Ampangan, Negeri Sembilan dengan melaksanakan aktiviti utamanya iaitu Latihan Kemahiran Asas kepada belia setempat.

Bidang latihan yang dijalankan ialah Buluh dan Rotan. Pada tahun 1975, operasi Pusat Kraftangan telah berpindah ke KM 1.6, Jalan Seremban, Kuala Pilah diatas tanah seluas 8 ekar dengan kemudahan dua buah bengkel sewaktu pembukaan.

Seterusnya pusat ini berperanan sebagai Pusat Pengeluaran Kraf berasaskan buluh, rotan, kaca dan seramik di bawah program Strategic Business Unit (SBU). Pada masa kini pusat ini bernama sebagai Pusat Pembangunan dan Pusat Pengumpulan produk kraf melalui bilik jualan.

Pada 1 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Akta 222, telah mengambil fungsi Lembaga Kraftangan Malaysia dengan memberi penekanan terhadap usaha memajukan industri kraf negara. Negeri Sembilan dikhususkan kepada bidang Hasil Rimba rotan dan buluh.


Boleh semak di http://www.kraftangan.gov.my/